Wednesday, 14 December 2011

Keperluan atau kemampuan

Assalammualaikum semua.. hari nie saya nak berbicara pasal salah satu cara kita hidup di zaman serba moden ni. Kita hidup perlukan duit kan dan nak cari duit seperti semua maklum bahawa amat lah susah.( tu bagi pendapat saya lah)  tapi ramai diantara kita masih berbelanja sesuka hati mereka dan akhirnya berhutang sana sini dan ada juga yg ramai jatuh muflis. Ada seseorang yang saya kenal pernah memberi nasihat semasa saya ingin membeli motorsikal  bahawa beli tu biarlah ikut keperluan. jangan ikut nafsu semata2. hahaha. kalu nak ikutkan logik akal memang betul apa dia cakap. Tapi bila kita dah mampu apa salahnye membeli barang yang lebih berkualiti dan berjenama sikit kan..yg penting jgn beli untuk tunjuk-menunjuk atau riak kan..seperti contoh adalah seperti antara tablet android CSL dan tablet android Samsung Galaxy dari segi harga memang jauh beza tapi kegunaannya sama sahaja. bila kita mampu apa salahnya kita memilih jenama Samsung yang lebih tahan lama dan berkualiti kan..

itu bagi yang mampu..bagaimana pulak jikak kita memerlukan nya dan boleh dikira keperluan kita di masa itu tetapi tidak berkemampuan pula. adakah kita harus membelinya juga dengan cara berhutang dan akhirnya muflis seperti yang saya nyatakan di atas tadi? contohnya seperti saya yang tiada kenderaan untuk ulang alik dari tempat belajar ke rumah. Parents saya tinggal di Perak dan saya belajar di Uitm. Saya memerlukan motorsikal yg boleh berjalan jauh dan tahan lama tetapi saya tidak berkemampuan. jadi adakah saya harus lupakan nya atau cuba sampai dapat jugak apa yang saya perlukan? 

jadi sekarang nie kita tidak boleh mengatakan bahawa 'belilah ikur keperluan' tetapi 'belilah ikut kemampuan' sekian~UA

No comments:

Post a Comment