Assalammualaikum w.b.t... cerita hari nie..xtau nak citer pasal apa. tapi masa lunch kat Galaxy Ampang aku ada dengar berita pasal rusuhan di negara2 arab. terutama lagi di negara2 arab yg bergolak seperti syria dan saudi arabia. yang aku peliknya ialah mereka melakukan rusuhan untuk menghancurkan manusia yang mempunyai sama akidah dan sama agama ngan diorang. Apa dah jadi nie?? bukan ke kita sepatutnya sebagai muslim yang Allah jadikan kita nie bersaudara harus menolong satu sama lain?
Di negara2 arab sana tu sememangnya mereka terkenal dengan semangat Assabiah atau hidup berpuak2. Bahkan sejak dari zaman Rasullah lagi mereka memang hidup berpuak dan akan saling menyokong puak mereka untuk menjadikan puak mereka digeruni dan paling berjaya.
Dan yang paling menakutkan sekali adalah apabila di negara2 arab tersebut mereka mempunyai fahaman yang berbeza walaupun mereka sama agama seperti yang berlaku di Iraq( kalu xsalah) mereka mempunyai dua fahaman yang berbeza iaitu puak sunnah dan puak syiah. Puak syiah nie terjadi apabila mereka mengangap bahawa Saidina Ali itu sebagai sepupu Rasullah dan sepatutnya menjadi Rasul selepas Rasullah wafat. ini terjadi kerana mereka terlalu taksub dengan puak mereka. Malahan mereka juga menolak ajaran Rasullah dan menghalalkan darah mereka yang tidak sefahaman dengan mereka.
Andai mereka teruskan begini maka Umat islam sentiasa akan berpecah belah selamanya.
mereka tidak sedar ke bahawa mereka sebenarnya berdepan dengan satu lagi musuh Islam yang sebenarnya iaitu Yahudi yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan umat Islam. Seharusnya di saat2 begini mereka bersatu untuk menentang Yahudi yang sememangnya terang2an ingin membinasakan umat islam di muka bumi ini dan bukannya bergaduh dan berperang sesama sendiri dan mengakibatkan yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
Jangan nak fikirkan di luar negara, di dalam negara kita sendiri sudah ada perpecahan hanya kerana politik duniawi yang mereka kejar-kejarkan. Masing2 ingin menang dan meraih perhatian rakyat dengan sanggup menghina bangsa sendiri dan saudara sendiri. di mana sifat keislaman kita yang mengatakan kita nie bersaudara? sampaikan nak pergi sembahyang jenazah pun mereka memilih sama ada yang meninggal itu sama parti dengan mereka atau tidak..(ish3) inilah yang dikatakan dengan dunia akhir zaman. tidak bolehkah mereka berdamai dalam satu parti politik? yang dibawahnya berpaksikan undang2 Allah dan bukan Undang2 Dunia yang kebanyakannya Yahudi buat?? saya tidak memilih mana2 parti cuma pikirkan lah sesuatu untuk kita bersatu kembali seperti zaman2 kita hendak merdeka dahulu. dimana semuanya bersatu tidak kira bangsa, agama dan budaya. di saat kita tengah bertengkar, bertegang urat dan caci mencaci sesama kita, si laknatullah Yahudi dan orang kafir sedang bergembira dan bersorak kemenangan kerana kita sudah masuk dalam perangkap mereka yang mereka sudah rancang berabad lamanya. Pemimpin silih berganti dan diharap kita semakin sedar kesilapan kita dan bersama memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang kian meruncing ini sebelum terlambat. Jangan sampaikan nasi sudah menjadi bubur. Saya sayangkan Agama Islam saya, negara Malaysia saya dan saudara2 saya.
-coretan namthu18
No comments:
Post a Comment